Monday, January 28, 2013

langkah tercipta....



Semalam aku kelukaan,
Kecewa kehampaan,
Mencalar ketabahan,
Impian seringku harapkan menjadi kenyataan
Namun tak kesampaian,

Allah…
Inginku hentikan langkah ini
Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan
Semangat tenggelam lemah daya,
Haruskah aku mengelamun jiwa
Ku berbisik inilah dugaan

Dan langkahku kini terbuka
Pada hikmah dugaan uji keimanan
Dan dilontarkannya ujian diluar kekuatan setiap diri insan

Allah…
Pimpini diriku,
Untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini
Cekalkan hati dan semangatku
Kurniakan ketabahan........
Agar mimpi jadi nyata..
padaMu ku meminta

Dan ku mohon agung kudratMu
Wahai Tuhan Yang Satu
Segalanya dariMu




Wednesday, January 9, 2013

selamat hari lahir wahai nasiha...

B.A.P- HAPPY BIRTHDAY
assalamualaikum...

23 tahun dahulu tanggal 9 january 1990 jam 4.03ptng lahirlah seorang bayi perempuan seberat 3.28kg..diberi nama oleh mak n ayah NURUL NASIHA sempena nama seorang penceramah agama yang berasal dari arab..dibesarkan di bagan lebai tahir..hari demi hari aku membesar 5 n 6 tahun masuk sekolah tadika disitu lah aku mengenal huruf abc 123..tahun 1997 aku berusia 7 tahun aku masuk sekolah rendah di sekolah kebangsaan bagan ajam sehingga aku berumur 12 tahun pada tahun 2002..ari demi ari aku membesar 2003 aku melangkah ke alam remaja ke sekolah menengah aku makin membesar dari seorng kanak-kanak kepada seorang remaja menghabiskan masa aku di sekolah akhirnya aku tamat belajar di sekolah pada tahun 2007..fasa demi fasa diharungi aku melangkah ke alam pengajian tinggi peringkat diploma dri 2008-2011..tamat diploma aku menganggur setahun lebih dan dengan azam yg baru 2013 aku nak ubah hidup aku insyallah..apapun setiap perjalan hidup ditentukan Allah jatuh rebah bangun semula semuanya ketentuan Allah kita sebagai hambanya redha dengan apa yang tertulis dalam hidup kita..aku bersyukur kerana Allah masih beri peluang untuk aku bernafas sampai sekarang selama 23 tahun..to mak n ayah yang menjaga aku dari aku xkenal hidup sampai aku kenal erti kehidupan..sanggup bersusah payah untuk membesarkan aku walaupun aku sakit aku sihat mak ayah sentiasa support..terima kasih mak ayah..terima kasih Allah...orang yang paling kita boleh percaya hanya mak n ayah...^_^